Dua lelaki cedera dalam pergaduhan di hadapan kedai makan

Facebook
WhatsApp
LOKASI kejadian pergaduhan di hadapan kedai makan di Pasar Kenyalang Park.

KUCHING, 20 Oktober: Dua lelaki berusia 24 dan 27 tahun cedera dalam satu pergaduhan di hadapan kedai makan di Pasar Kenyalang Park di sini kira-kira 4.00 pagi pada 18 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 19 Oktober selepas rakaman video berdurasi satu minit 13 saat yang memaparkan pergaduhan berkenaan tular di media sosial.

Hasil siasatan mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu dan tidak puas hati sehingga mencetuskan pertengkaran mulut sebelum bertukar menjadi pergaduhan antara kedua-dua lelaki terbabit.

Kedua-dua mereka mengalami kecederaan dalam kejadian itu sebelum pergaduhan berjaya dileraikan oleh orang awam yang berada di lokasi.

Alexson berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh-gempar di tempat awam.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara sehingga enam bulan atau didenda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak mengambil tindakan di luar batasan undang-undang serta mengelakkan pertengkaran yang boleh mencetuskan pergaduhan fizikal di tempat awam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-244444 atau pegawai penyiasat kes, Insp Logeswara, di talian 018-2914239.

Oleh Connie Chieng

Buruh ditahan miliki syabu di Selangau

SELANGAU, 20 Oktober: Polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 26 tahun serta merampas dadah disyaki jenis syabu, semalam. Ketua Polis