Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Motosikal terbabas, lelaki disahkan maut
  • KEMALANGAN

Motosikal terbabas, lelaki disahkan maut

Utusan Sarawak 2 months ago
NAHAS JALAN RAYA… Penunggang motosikal meninggal dunia dalam kemalangan kendiri di Jalan Kampung Engkeramut,
Sri Aman petang tadi. -Foto PGO Bomba Sarawak

SRI AMAN: Seorang lelaki berusia 57 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan masuk ke dalam parit di Jalan Kampung Engkeramut, petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman menerima panggilan kecemasan behubung kemalangan tersebut sekitar 4.59 petang.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman yang diperkuatkan seramai tujuh anggota yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan 1, Mohd Fadhli Buyong dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan berkenaan.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) BBP Sri Aman di lokasi, kemalangan kendiri melibatkan seorang penunggang motosikal telah terbabas ke parit.

“PKO membuat penilaian awal dan menggunakan pakaian perlindungan diri (PPE) yang lengkap dan mengangkat mangsa kemalangan ke atas jalan,” katanya.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

OLEH ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Lelaki melecur, van pekerja terbakar
Next: Pemandu terselamat, kenderaan SUV musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.