SARIKEI, 20 Oktober: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mengalami kecederaan pada bibir, lutut kanan dan siku kanan dalam kemalangan jalan raya di Jalan Permai pada petang semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 5.40 petang.
“Seramai empat anggota APM Sarikei dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba pada 5.47 petang.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami luka pada bibir serta luka calar pada lutut kanan dan siku kanan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Pasukan APM tiba di hospital pada 5.58 petang dan mangsa ditempatkan di zon kuning untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut.
“Urusan di hospital selesai pada 6.10 petang selepas mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Oleh Earl Anek





