
SARIKEI: Sebanyak empat kawasan rendah berisiko banjir di sini telah dipantau, malam tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei Arrahman Chik, pihaknya menjalankan pemantauan pada 8.55 malam hingga 9.30 malam.
“Kawasan rendah berisiko banjir yang dipantau adalah Jalan Cempaka, Jalan Ixora, Jalan Bunga Raya dan Jalan Pisang Emas.
“Pemantauan paras air ini dijalankan oleh tiga orang anggota bomba,” katanya.
Arrahman berkata demikian ketika dihubungi media, hari ini.
Katanya, air sungai di keempat-empat kawasan tersebut sedang surut semasa pemantauan pihaknya.
“Keadaan semasa rondaan di kawasan pemantauan adalah baik dan lalu lintas terkawal.
“Tiada panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan,” katanya.
Oleh Earl Anek