KUALA LUMPUR, 23 Oktober: Beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing mara ke separuh akhir Terbuka Perancis 2026 selepas dipaksa bermandi peluh menewaskan gandingan Jerman, Marvin Siedel-Thuc Phuong Nguyen di Tremblay-en-France hari ini.
Pada aksi suku akhir yang berlangsung selama 57 minit di Arena Grand Paris, pasangan Malaysia itu diheret sehingga ke set penentuan sebelum mencatat kemenangan 21-17, 20-22, 21-18.
Ia merupakan kali ketiga Pang Ron-Pei Jing ke separuh akhir Super 750 selepas aksi di Terbuka Denmark 2026 dan Masters China 2026.
Menanti Pang Ron-Pei Jing di separuh akhir ialah gandingan China, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui yang juga pilihan keenam kejohanan.
Xin Wa-Fang Hui mara selepas mengetepikan pilihan ketiga kejohanan dari Denmark, Mathias Christiansen dan Alexandra Bøje 12-21, 21-9, 21-9.
Pertemuan di separuh akhir itu merupakan pertemuan sulung membabitkan kedua-dua pasangan.- Bernama




