KANOWIT: Seramai sembilan mangsa dari Rumah (Rh) Janin di Jalan Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Machan berjaya dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Kanowit, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak menerusi kenyataannya memberitahu, pihaknya menerima panggilan pada 10.46 pagi, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit digerakkan ke lokasi.
“Mangsa terdiri daripada masing-masing dua orang warga emas lelaki dan warga emas wanita, dua lelako dewasa, kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing seorang,” kata kenyataan itu sebentar tadi.
Kenyataan itu memberitahu, operasi tersebut telah disertai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malsyia (APM).
Operasi pemindahan dijalankan disebabkan trend air naik (5 kaki atas jalan) dan cuaca baik di lokasi.
Oleh Akun Giman