Lelaki meninggal dunia di bilik hotel

Facebook
WhatsApp
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili. 

SIBU: Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun ditemui meninggal dunia di sebuah bilik hotel di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan penemuan mayat tersebut pada jam 4.02 petang. 

Bertindak atas maklumat katanya, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Sentral telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa dipercayai mencederakan diri menggunakan objek tajam. 

“Ini berdasarkan kecederaan yang terdapat pada bahagian leher mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Zulkipli turut memaklumkan bahawa kes tersebut sedang disiasat di bawah laporan kematian mengejut (SDR).

“Pihak polis kini masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian,” tambahnya.

Oleh TARANI LANTING 

Suspek curi dua rim kereta ditangkap

MIRI: Cubaan seorang lelaki mencuri dua rim kereta di Kampung Sungai Baong, Krokop, di sini, terbongkar selepas aksinya dirakam kamera

Isak wira Liverpool tewaskan Bournemouth

BOURNEMOUTH: Alexander Isak meneruskan rentak jaringannya untuk memastikan kepulangan Andoni Iraola ke Stadium Vitality berakhir dengan kejayaan apabila Liverpool menewaskan