MADRID: Penyerang Real Madrid, Vinicius Junior mengalami kecederaan hamstring kata kelabnya hari ini menyebabkan dia terpakdsa diketepikan dalam aksi Liga Jura-Juara menentang Liverpool.
“Selepas ujian hari ini oleh pakar perubatan Real Madrid, pemain kami Vinicius Junior didapati mengalami kecederaan hamstring di kaki kiri,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.
Media Sepanyol melaporkan pemain sayap Brazil itu dijangka akan terlepas saingan selama hampir sebulan, yang menyebabkan dia diketepikan ketika kunjungan Liga Juara-Juara ke Atalanta pada 10 Disember selain Rabu ini di Anfield.
Vinicius bermain selama 90 minit penuh ketika Madrid menang 3-0 di Leganes dalam aksi La Liga semalam ketika dia membuka laluan buat gol pembukaan Kylian Mbappe.
“Kalendar yang gila… kini masa untuk pulih,” tulis pemain berusia 24 tahun itu di platfom media sosial X.
Presiden Real Madrid, Florentino Perez berang dengan badan induk bola sepak dunia dan Etopah, UEFA dan FIFA semalam kerana menambah lebih banyak perlawanan. – AFP