Pertimbang lanjutkan waktu operasi UTC

Facebook
WhatsApp
sdr
DR. Kelvin Yii dan Tan berada di UTC untuk melihat sendiri keadaan di sana.

KUCHING:   Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii berharap Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan mempertimbangkan supaya waktu operasi dapat dilanjutkan untuk kemudahan orang ramai.

Beliau juga mengalu-alukan pembukaan semua perkhidmatan di UTC kerana ini akan memudahkan orang ramai yang ingin berhubung dengan agensi-agensi kerajaan.

Menurut beliau, UTC telah membuat satu sistem nombor bagi mengawal jumlah orang yang ingin masuk ke sana.

Beliau berkata demikian berdasarkan pemantauan yang dibuat bersama bekas Ahli Parlimen Stampin Julian Tan yang membuat lawatan ke UTC kelmarin bagi melihat keadaan serta pematuhan kepada garis panduan setelah pembukaan agensi-agensi kerajaan di sana.

Dr Yii dan Tan juga telah memberi maklumbalas dan cadangan bagaimana untuk menambahbaik garis panduan keselamatan dan kesihatan bagi orang ramai yang melawat UTC.

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos