Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kuil Si Thian Hock Shu Moo Kuan Yin Tong terima suntikan dana UNIFOR RM200,000
  • Tengah
  • WILAYAH

Kuil Si Thian Hock Shu Moo Kuan Yin Tong terima suntikan dana UNIFOR RM200,000

Utusan Sarawak 7 months ago
JOHNNY Pang menyerahkan cek daripada UNIFOR berjumlah RM200,000 kepada pihak pengurusan Kuil Si Thian Hock Shu Moo Kuan Yin Tong di Bintulu, semalam.
 

BINTULU: Kuil Si Thian Hock Shu Moo Kuan Yin Tong di sini menerima suntikan dana sebanyak RM200,000 daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) untuk meningkatkan infrastruktur kuil dalam usaha memenuhi keperluan masyarakat yang semakin berkembang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, bantuan kewangan itu adalah langkah penting untuk mempertingkatkan kemudahan kuil yang menjadi tumpuan ramai.

“Seperti yang kita sedia maklum, kuil Kuan Yin ini bukan sahaja terkenal di Bintulu, malah ia juga merupakan tempat ibadat yang signifikan bagi orang ramai.

“Oleh itu, kita perlu memastikan infrastruktur kuil berada dalam keadaan terbaik untuk keselesaan semua. 

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak  (GPS) atas sumbangan melalui UNIFOR, yang telah meluluskan RM200,000 untuk projek ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas penyerahan cek tersebut kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kuil, Hii Siew Oon di kuil berkenaan, semalam.

Turut hadir menyaksikan penyerahan cek itu ialah Setiausaha Politk kepada Premier Sarawak, Angellie Stephen Raja.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kuil, Tan Ah Lan berkata, dana tersebut akan digunakan untuk membesarkan tempat letak kereta yang dijangka dapat menampung sehingga 50 kereta, sekali gus memudahkan para pengunjung.

“Terima kasih kepada UNIFOR dan Johnny Pang, kerana sokongan mereka membolehkan kami melaksanakan projek penting ini. 

“Tahun lalu, semasa Pesta Kuih Bulan, kami memohon dana untuk memperluas tempat letak kereta dan kini kami sangat bersyukur kerana mendapat bantuan ini,” ujarnya.

Dengan pembesaran kawasan tempat letak kereta itu, beliau berharap agar lebih ramai pengunjung dapat hadir, terutama semasa aktiviti dan perayaan di kuil, sekali gus meningkatkan lagi interaksi dan perpaduan dalam komuniti.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba selenggara pokok tumbang halang jalan
Next: Projek penanaman padi hibrid di Sungai Padi hasilkan varieti padi baharu 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.