KUALA LUMPUR, 23 Oktober: Kumpulan Affin melantik Doreen Choo Choy Wan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Affin PHEIM Asset Management Group, berkuat kuasa hari ini.
Bank itu menjelaskan Choo mempunyai pengalaman luas dalam industri serta kepakaran dalam kepimpinan yang diperlukan bagi memegang jawatan berkenaan.
Sebagai CEO kumpulan, beliau akan menerajui fasa pertumbuhan seterusnya Affin PHEIM dengan memberi tumpuan strategik kepada peningkatan aset di bawah pengurusan (AUM), memacu pertumbuhan mampan dan menguntungkan serta mengukuhkan kedudukan kumpulan dalam industri pengurusan aset.
“Keutamaan beliau termasuk memperluas bahagian pasaran, memperkukuh perniagaan institusi dan runcit.
“Selain itu beliau turut memberi keutamaan dengan meningkatkan keupayaan pengedaran, memperoleh mandat strategik serta menawarkan rangkaian penyelesaian pelaburan yang berbeza daripada pesaing, berteraskan kecemerlangan pelaburan dan tadbir urus yang mantap,” menurut kenyataan itu.- Bernama





