SARATOK: Seorang lelaki selamat selepas kenderaan dinaiki terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Krian dekat sini hari ini.
Ketua Bomba Zon 3 Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok menerima panggilan berkaitan kebakaran itu sekitar jam 2.01 petang.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil.
“Seorang pemandu lelaki berjaya keluar dari kenderaan sebelum ketibaan PKO di lokasi. Mangsa selamat, tiada mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Muhammad Rais berkata tiada operasi penyelamatan dijalankan berikutan mangsa yang berusia 54 tahun itu tidak mengalami apa-apa kecederaan.