Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Para SUKMA: Atlet olahraga tuan rumah tuai 33 emas, melepasi sasaran
  • SUKAN

Para SUKMA: Atlet olahraga tuan rumah tuai 33 emas, melepasi sasaran

Utusan Sarawak 8 months ago

Timbalan Premier, Datuk Amar  Dr Sim Kui Hian menyampaikan pingat kepada atlet yang memenangi acara Rejam Lembing Lelaki F33 600 G di Stadium Sarawak, hari ini. Foto NUR AIN OTSMAN

PETRA JAYA: Bumi Kenyalang sekali lagi mencipta sejarah apabila para olahraga berjaya menghadiahkan 33 emas, melebihi sasaran 30 emas pada Para SUKMA kali ini.

Lebih manis, emas terakhir disumbangkan oleh Chong Cheng Tat menerusi acara Lempar Cakera Lelaki F34.

Menurut Ketua Jurulatih Pasukan Para Olahraga Sarawak, Matthew Chin, anak buahnya telah menunjukkan prestasi menakjubkan. 

“Emas yang kami peroleh ini telah melebihi sasaran. Ada juga di antara bakat baharu yang menyumbangkan pingat emas ini,” katanya.

Ditanya mengenai sama ada atlet Sarawak akan menyertai skuad kebangsaan, Matthew berkata mereka akan ditapis, sehingga ada yang berkualiti untuk mewakili Malaysia.

“Selepas Para SUKMA ini, saya bagi mereka rehat terlebih dulu iaitu masa untuk pemulihan kerana badan mereka sudah ‘digasak.’

“Latihan mereka akan bermula pada November untuk kejohanan Para SUKMA di Selangor (2026),” katanya.

Beliau berkata, sekiranya Sarawak mahu menjadi juara, para atlet perlulah menunjukkan komitmen tinggi agar gelaran juara itu dapat dipertahankan.

“SUKMA di Kuala Lumpur dulu, atlet para olahraga hanya mendapat 25 emas. Tapi kali ini telah melebihi sasaran iaitu 30 emas.

“Untuk dua tahun lagi, kekuatan ini perlu ditambah baik agar atlet para olahraga terus menyinar,” katanya.

Pasukan olahraga tuan rumah telah menghadiahkan 33 emas, 24 perak dan 37 gangsa. Ini menjadikan sebanyak 94 pingat berjaya dikumpul di Stadium Sarawak.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Para SUKMA: Kontinjen Badminton hadiah tiga emas untuk tuan rumah
Next: Para SUKMA: Fraidden raih emas terbanyak, diikuti Galang Jabai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.