Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tiada lagi kebebasan bagi Marchand selepas menang di Olimpik
  • SUKAN

Tiada lagi kebebasan bagi Marchand selepas menang di Olimpik

Utusan Sarawak 8 months ago

Marchand bergambar bersama peminat ketika majlis meraikan juara Olimpik di Toulouse. - Foto AFP

TOULOUSE, Perancis: Wira Perancis dalam acara renang di Olimpik Paris 2024, Leon Marchand berkata pencapaiannya memecahkan rekod di temasya itu mengubah begitu banyak kehidupannya sehingga dia sering perlu menyamar untuk mengelak perhatian. 

Perenang berusia 22 tahun itu memenangi kesemua empat perlumbaan yang disertainya di Paris 2024 – 200 meter (m) kuak kupu-kupu, 200m kuak dada dan 200m serta 400m rampaian. 

Ia menjadikannya sebagai perenang lelaki pertama yang melakukannya di satu Sukan Olimpik sejak legenda Amerika, Michael Phelps, pada 2008.

Bagaimanapun, kemasyhuran itu ada kalanya mengganggu kehidupan peribadinya.

“Saya kehilangan sedikit kebebasan dalam kehidupan kerana saya tidak boleh pergi ke restoran seperti yang saya lakukan sebelum ini.

“Saya perlu menukar gaya kehidupan saya. Saya tidak boleh membeli-belah seorang diri. Saya memakai topi dan cermin mata. Saya cuba menyembunyikan diri sedikit.

“Tetapi apabila orang menegur saya di jalan, mereka akan berkata ‘terima kasih’. Itu sesuatu yang saya amat menghargainya,” kata Marchand ketika Toulouse meraikan bintang Olimpiknya yang baru.

Dia menambah: “Bagaimanapun saya sudah terbiasa walaupun minggu pertama sukar kerana ia adalah perubahan status yang agak radikal.”

Marchand berkata bahawa Sukan Olimpik Paris, yang dipuji secara meluas kerana penganjurannya mencetuskan gelombang positif di negara itu. – AFP

Continue Reading

Previous: Sukan ‘lubuk emas’ kontinjen negara kembali dipertandingkan di Sukan SEA 2025
Next: TBBC bolot tujuh pingat emas, sembilan pingat perak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.