Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga suspek utama kes rompakan kedai 24 jam dicekup polis
  • JENAYAH

Tiga suspek utama kes rompakan kedai 24 jam dicekup polis

Utusan Sarawak 8 months ago

BINTULU: Tiga individu utama dalam kes rompakan sebuah kedai serbaneka 24 jam di sini berjaya dicekup polis pada petang Jumaat lalu. 

Penahanan itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu sekitar jam 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, pihak polis menerima laporan mengenai rompakan itu pada jam 2.25 pagi. 

Menurutnya, serbuan dalam operasi khas itu berjaya membawa kepada penahanan ketiga-tiga suspek, termasuk seorang warga tempatan.

Dalam operasi tersebut, polis menemui bahan bukti penting termasuk telefon bimbit, sebilah pisau, seluar jeans, kasut, topi keledar, kemeja panjang, dan kemeja-T yang dipercayai digunakan semasa jenayah tersebut.

Nixon memberitahu, suspek mempunyai 11 rekod jenayah lampau, termasuk kesalahan penyalahgunaan dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Mereka akan dikenakan tahanan reman dan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK). 

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun serta sebat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Orang awam diminta untuk melaporkan sebarang maklumat jenayah kepada pihak polis atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304.

Continue Reading

Previous: Polis rampas 143 pokok ganja ditanam di kawasan rumah di Miri
Next: Warga asing disyaki edar dadah ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.