Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Khidmat khas bomba musnah sarang tebuan
  • WILAYAH

Khidmat khas bomba musnah sarang tebuan

Utusan Sarawak 8 months ago

DIMUSNAHKAN....Anggota bomba memusnahkan sarang tebuan malam tadi. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor telah menjalankan khidmat khas memusnahkan sarang tebuan malam tadi. 

Ketua BBP Bintangor, Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.20 malam. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, ketua operasi PBK II Herman Basa bersama tiga anggota bomba bergegas ke lokasi di kawasan kelapa sawit, Sungai Meradong. 

“Setibanya di lokasi, didapati sarang tebuan berada dalam ketinggian 10 meter di atas pokok,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, sarang tebuan dimusnahkan menggunakan dua tin racun serangga dan obor api. 

“Sarang tebuan berjaya dimusnahkan dalam tempoh lebih kurang 30 minit. 

Operasi memusnahkan sarang tebuan selesai sepenuhnya pada jam 9.10 malam,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: RM200, 00 bina tempat parkir kereta Pantai Pandan Lundu
Next: Tatau perlukan ‘waterfront’, lokasi popular lumba bot laju

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.