KUCHING, 10 Oktober: Kuching dan Lundu kekal mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dalam kategori tidak sihat setakat 8.00 malam ini, masing-masing pada paras 152 dan 103.
Berdasarkan data Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kuching merekodkan bacaan tertinggi di Sarawak, manakala Lundu menjadi satu lagi kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 100.
Sementara itu, Miri merekodkan bacaan 96, diikuti Samarahan (92), IPD Serian dan Samalaju masing-masing (88), Lawas (87), Bintulu (86), ILP Miri (83), Betong (83) dan Limbang (82).
Lubok Antu mencatatkan bacaan 78, manakala Mukah, Kanowit dan Belaga masing-masing merekodkan 75. Sri Aman mencatatkan bacaan 74, diikuti Sarikei (72), Sibu (70), Kapit (61) dan Bario (60).
Berdasarkan skala IPU, bacaan antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara 51 hingga 100 berada dalam kategori sederhana.
Orang ramai dinasihatkan supaya memantau bacaan IPU semasa dan mengurangkan aktiviti luar sekiranya kualiti udara di kawasan masing-masing merosot.
Oleh Afiq Sallehi




