Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 7 lelaki ditahan Op Dadu
  • TEMPATAN

7 lelaki ditahan Op Dadu

Utusan Sarawak 5 years ago
DITAHAN… Tujuh lelaki diberkas polis atas kesalahan bermain judi holo di sebuah kedai minuman tidak bernombor di Kampung Stenggang Bau, Ahad lalu.

BAU: Tujuh lelaki diberkas dalam satu serbuan Op Dadu yang dijalankan di Kampung Stenggang, Bau Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, kesemua suspek warga tempatan yang berusia antara 32 hingga 56 tahun itu diberkas sekitar jam sembilan malam ketika sedang leka bermain judi holo di sebuah kedai minuman tidak bernombor.

“Kesemua mereka ditahan oleh pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau.

“Serbuan dijalankan bagi membanteras kegiatan perjudian jenis holo di lokasi berkenaan dan berhasil menangkap tujuh lelaki tempatan yang terlibat dengan aktiviti tersebut,” katanya.

Menurut Poge, antara barang yang dirampas ialah seunit kong holo,tiga biji dadu, sehelai kain, empat buah kerusi dan sebuah meja.

Selain itu, sejumlah wang tunai RM260 turut dirampas sebagai bahan bukti kes, katanya.

Jelas beliau, semua suspek bagaimanapun tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Katanya, tangkapan dilakukan di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Peraturan 3 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Langkah-langkah dan didalam kawasan tempat jangkitan)(No.6) 2020.

Continue Reading

Previous: 50 pemandu ditahan dalam operasi mabuk
Next: Gerawat, Anyie bantu mangsa kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.