Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program perkhidmatan bergerak agensi kerajaan Sabtu ini libatkan tujuh agensi
  • WILAYAH

Program perkhidmatan bergerak agensi kerajaan Sabtu ini libatkan tujuh agensi

Utusan Sarawak 9 months ago

SRI AMAN: Penglibatan tujuh agensi pada Program Perkhidmatan Bergerak Agensi Kerajaan 2024 bakal membolehkan rakyat khususnya di kawasan luar bandar mendapatkan akses secara langsung kepada perkhidmatan kerajaan.

Tujuh agensi terlibat ialah Pejabat Daerah Lingga, Jabatan Kerja Raya Bahagian Sri Aman, Majlis Daerah Sri Aman, Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak, Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC), Syarikat Perumahan Negara Berhad dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman.

Menurut jurucakap menerusi perkongsian program, pelbagai aktiviti dan perkhidmatan bakal disediakan.

Katanya, antaranya ialah kemaskini daftar eKasih, baik pulih dan bina baru rumah (PPRT), Rumah Mesra Rakyat, Kenyalang Gold Card, lesen penjaja, bantuan kepada wanita, program Alaf, Saringan kesihatan dan pameran projek di Daerah Lingga.

Kata jurucakap itu lahi, program anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga dengan kerjasama Pejabat Daerah Lingga itu dijadualkan bermula seawal 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Dewan Abang Sahari, Kampung Agropolitan Pulau Seduku dekat Lingga, Sabtu ini,

“Selain berfungsi sebagai medium untuk menerangkan kepada rakyat tentang inisiatif atau dasar baharu kerajaan seperti bantuan kewangan, peluang pendidikan serta peraturan baharu, program itu juga membolehkan kerajaan mendekati rakyat dan memahami isu serta keperluan setempat dengan lebik baik.

“Selain itu, membantu merangka dasar yang lebih relevan berkaitan keperluan semasa rakyat terutamanya dalam pembangunan negara di samping memupuk kesedaran sivik serta tanggungjawab bersama terhadap isu-isu sosial dan ekonomi.

“Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput untuk terlibat sama bagi memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan agensi-agensi pada program tersebut,” jelasnya.

Oleh Valentine Ngumbang

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bibi Bhalkis jejak bapa kandung, M.A Zainul Abidin untuk jadi wali pernikahan
Next: Bumbung rumah terbang sebab angin kuat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.