Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bibi Bhalkis jejak bapa kandung, M.A Zainul Abidin untuk jadi wali pernikahan
  • WILAYAH

Bibi Bhalkis jejak bapa kandung, M.A Zainul Abidin untuk jadi wali pernikahan

Utusan Sarawak 9 months ago
CARI AYAH… Bibi Bhalkis mohon bantuan orang ramai mengesan keberadaan ayah kandungnya dikenali sebagai M.A Zainul Abidin.
 

SIBU: Seorang gadis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan bapa kandungnya untuk menjadi wali pernikahannya yang dijadualkan berlangsung pada 22 September ini.

Bibi Bhalkis M.A. Zainul Abidin, 29, berkata, dia tidak lagi bertemu bapanya.

“Saya dimaklumkan ayah kandung saya, M.A. Zainul Abidin Abdul Kader telah keluar negara pada 16 Mac 2023 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Sehingga kini saya tidak dapat menghubungi ayah kandung malah tidak tahu keberadaan beliau,” katanya yang kini tinggal di Kampung Judan, Mukah.

Beliau berharap mereka yang ada maklumat mengenai ayahnya boleh tampil dan hubungi beliau di talian 014-8135769.

“Jika ayah saya masih ada saya mohon agar dia dapat bertemu dengan saya seterusnya menjadi wali ketika pernikahan saya,” katanya.

Oleh AKUN GIMAN

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Taman riadah jadi sarang habitat serangga berbisa
Next: Program perkhidmatan bergerak agensi kerajaan Sabtu ini libatkan tujuh agensi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.