Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Olimipik Paris 2024: Karier tenis Kerber tamat setelah tewas di tangan Zheng
  • SUKAN

Olimipik Paris 2024: Karier tenis Kerber tamat setelah tewas di tangan Zheng

Utusan Sarawak 10 months ago
ANGELIQUE Kerber.

PARIS: Karier tenis wakil Jerman Angelique Kerber berakhir apabila bekas pemain nombor satu dunia dan juara tiga kali Grand Slam itu tewas 6-7 (4-7), 6-4, 7-6 (8-6) kepada Zheng Qinwen dari China dalam suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024.

Pemain pilihan keenam, Naib Juara Terbuka Australia, Zheng, menang dalam penentuan akhir selepas 3 jam 4 minit pada mata perlawanan keempat, bangkit daripada ketinggalan 4-1 pada set terakhir, menurut agensi berita Jerman (dpa).

Beliau tewas set pertama dari kedudukan 5-3 di venue Terbuka Perancis di Roland Garros.

Kerber  mengumumkan minggu lepas bahawa Sukan Olimpik ini akan menjadi kejohanan terakhirnya. Beliau memenangi Terbuka Australia dan Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada 2016, pingat perak Olimpik pada tahun itu, dan Wimbledon pada 2018. Beliau memenangi 14 gelaran juara sepanjang kariernya dan menghabiskan 34 minggu di puncak ranking dunia.

Pemain berusia 36 tahun itu tidak dapat kembali ke prestasi terbaiknya sejak kembali daripada cuti bersalin pada Januari.

Namun beliau membuat penampilan terakhir yang mengagumkan di Sukan Olimpik dengan  menewaskan bekas pemain nombor satu dunia Naomi Osaka, pemain Romania Jacqueline Cristian dan bekas finalis Terbuka AS Leylah Fernandez dari Kanada sebelum segalanya berakhir.

Di separuh akhir, Zheng akan berhadapan sama ada Juara Terbuka Perancis tiga kali berturut-turut dan pemain nombor satu dunia Iga Swiatek dari Poland atau pemain Amerika Danielle Collins. Swiatek tidak pernah tewas dalam 24 perlawanan di venue itu. – Bernama – dpa

Continue Reading

Previous: Ireland raih emas pertama Olimpik Paris
Next: Olimpik Paris 2024: Leon Marchand tambah dua lagi emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.