Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PERKIM Cawangan Limbang bakal miliki bangunan sendiri bernilai RM500,000
  • WILAYAH

PERKIM Cawangan Limbang bakal miliki bangunan sendiri bernilai RM500,000

Utusan Sarawak 12 months ago
SOKONG PERKIM… (duduk depan, kiri), Hushim, Abdul Rahim, Dr Abdul Rahman dan Dayang Maimunah bersama yang lain bergambar bersama peserta Seminar Wanita dan Keluarga Islam Tahun 2024, Kesedaran Kesihatan Mental di Dewan Bunga Raya, hari ini. 

LIMBANG: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Limbang bakal mendapat bangunan baharu bernilai RM500,000 melalui projek program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang dijangka dibina, tahun ini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Abdul Rahman Ismail memaklumkan bahawa tapak tanah bagi pembinaan bangunan baharu pertubuhan tersebut sudah dikenalpasti dan kini dalam proses penilaian permohonan daripada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Limbang.

Katanya, proses penilaian permohonan tersebut dijangka selesai dalm tempoh dua bualn dari sekarang.

 “Pada masa ini PERKIM belum mempunyai bangunan sendiri.

“Justeru, saya telahpun memberi peruntukan melalui RTP berjumlah RM500 ribu bagi pembinaan bangunan itu tahun ini,” katanya kepada media selepas Majlis Penangguhan Seminar Wanita dan Keluarga Islam Tahun 2024, Kesedaran Kesihatan Mental di Dewan Bunga Raya, hari ini.

Turut sama ialah isteri Dr Abdul Rahman yang juga Pengerusi PERKIM Cawangan Limbang Datin Dayang Maimunah Awang Mohd Daud, Pegawai Jabatan Agama Islam Bahagian Limbang  Ustaz Awang Abdul Rahim Awang Rosley dan Penceramah Program Ustaz Hushim Salleh.

Dr Abdul Rahman menjelaskan, kemudahaan itu amat diperlukan bagi membolehkan serta memudahkan badan dakwah itu menjalankan kegiatan keagamaan, pendidikan dan dakwah.

Katanya,  dengan adanya bangunan dan pejabat sendiri pelbagai program akan dapat dilaksanakan memandangkan badan tersebut merupakan antara yang paling aktif menjalankan program di Sarawak.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: ADUN Bukit Assek serah insentif kepada 13 pelajar cemerlang
Next: Agrobank Tanjung Manis sokong usahawan tempatan berbentuk pinjaman mikro RM1.6 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.