Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • KPN sahkan Ketua Pemuda UMNO ditahan di Kota Kinabalu
  • JENAYAH

KPN sahkan Ketua Pemuda UMNO ditahan di Kota Kinabalu

Utusan Sarawak 1 year ago
KETUA Pemuda Umno Malaysia Dr Muhamad Akmal Saleh.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menahan Ketua Pemuda Umno Malaysia Dr Muhamad Akmal Saleh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini untuk siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama memaklumkan Dr Muhamad Akmal telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah untuk siasatan lanjut dan proses rakam percakapan.

Terdahulu Razarudin dalam satu kenyataan berkata polis telah menerima dua laporan berhubung ucapan dan tindakan Dr Muhamad Akmal dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah yang tular di media sosial baru-baru ini.

Beliau berkata siasatan telah dijalankan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara setelah kesemua tindakan melengkapkan siasatan diambil.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

“Justeru orang ramai dinasihatkan agar tidak membangkitkan isu berkaitan stoking tertera kalimah Allah ini memandangkan mereka yang terlibat telah pun dituduh dan proses keadilan akan ditentukan oleh mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Dr Muhamad Akmal menerusi Facebook rasminya memaklumkan beliau ditahan walaupun sudah dijadualkan untuk memberi keterangan di IPD Dang Wangi di ibu negara esok.

“Insya-Allah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan. Tidak akan berganjak walau seinci dengan pendirian kita,” katanya.

Pada 26 Mac lepas Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Shah Alam atas dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking itu.

Pada 3 April lepas pula menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong bertitah Chai telah memohon ampun dan maaf kepada Seri Paduka Baginda serta seluruh umat Islam berhubung isu berkenaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri mengaku tidak bersalah
Next: Kertas siasatan Ketua Pemuda UMNO, dirujuk Pejabat Peguam Negara minggu depan – KPN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.