Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Enam generasi rai ‘Kasih Aidilfitri’
  • TEMPATAN

Enam generasi rai ‘Kasih Aidilfitri’

Utusan Sarawak 2 years ago

KUCHING: Selepas tujuh tahun tidak dapat berkumpul meraikan lebaran bersama keluarga, akhirnya enam generasi keturunan Hamit-Sulong hadir pada majlis ‘Kasih Aidilfitri’ di Kampung Senari semalam.

Menurut Pengerusi Pengelola, Ali Hamit seramai lebih 250 keluarga atau waris keturunan Hamit-Sulong dari Brunei, Sabah, Semenanjung Malaysia dan seluruh Sarawak telah hadir pada majlis berkenaan.

Katanya, program perjumpaan keluarga ini merupakan acara tahunan sempena sambutan Aidilfitri walapun selepas tujuh tahun tidak dapat diadakan akibat beberapa kekangan keadaan dan masa.

“Sebenanya agak lama juga acara ini terpaksa ditangguhkan kerana ada keluarga yang meninggal dunia selain tidak dapat balik bercuti.

“Malah, ketika Covid-19 melanda negara, kita juga tidak dapat mengadakan sebarang program seperti ini,” kata beliau.

Ali yang juga merupakan Penghulu Kampung Senari menambah, keturunan Hamit-Sulong memiliki keluarga yang ramai di seluruh Sarawak, Sabah, Semenanjung Malaysia dan termasuk di Kalimantan, Indonesia.

Justeru, beliau berharap agar semua keluarga atau waris yang tidak dapat hadir pada program tahun inj akan dapat bersama pada masa akan datang.

Selain menjamu selera, majlis turut diserikan dengan pemberian duit raya dan nyanyian karaoke.

Oleh MAHDAR BUJANG

Continue Reading

Previous: Hari Bung Bratak kembali disambut 1 Mei ini
Next: Abang Jo mahu teliti parameter, perundangan perdagangan karbon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.