LAWAS: Kesesakan di pintu sempadan Lawas di Mengkalab Trusan yang bersempadan dengan negara Brunei dan kawasan Merapok bersempadan Sabah, mula sesak sejak Sabtu dan Ahad.
Bagaimanapun, kesesakan yang berlaku berjaya dikawal dengan baik oleh pasukan RELA, polis dan pihak Imigresen.
Ketua Imigresen Bahagian Limbang, Kalthom Ahmad berkata pihaknya telah memastikan semua kaunter dibuka untuk membolehkan perjalanan pelawat memasuki daerah Lawas untuk perjalanan ke Sabah dan balik semula ke Lawas untuk ke Brunei ditangani dengan efesien.
Kalthom turut berterima kasih atas bantuan pihak RELA dan polis atas penglibatan mereka mengurus kesesakan pintu sempadan menjelang cuti persekolahan mahupun pada hujung minggu.
Kerjasama orang ramai khususnya pengembara yang melalui pintu sempadan berkenaan turut dihargai kerana sabar menunggu giliran bagi pemeriksaan pasport dan dokumen diri pengembara oleh pegawai dan kakitangan Imigresen yang komited.
Oleh ADENG EDRUS