SIBU: Cuaca mendung pada sebelah pagi tadi membolehkan pegawai dan anggota Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu keluar beramai-ramai bagi menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Tinjauan Utusan Sarawak di pusat mengundi awal di Dewan Kem Batalion 10 PGA Kem Lanang, mendapati pengundi mula beratur seawal 7.00 pagi.
Berdasarkan maklumat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seramai 614 pengundi berdaftar di Batalion 10 PGA Sibu di Kem Lanang termasuk 172 pengundi pos.
Kerusi Parlimen Lanang menyaksikan pertembungan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Alice Lau yang merupakan penyandang kerusi itu sejak dua penggal lalu, akan berdepan Wong Ching Yong calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Priscilla Lau yang bertanding atas tiket Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan calon Bebas, Dato Wong Tiing Kiong.
Oleh AKUN GIMAN