DUN: Sarawak raih RM9 bilion hasil pelancongan, terima 3.52 juta pelawat

Facebook
WhatsApp
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan pada sidang DUN di Kompleks DUN, Petra Jaya.

PETRA JAYA, 20 Oktober: Sarawak mencatatkan hasil pelancongan sebanyak RM9 bilion dengan ketibaan 3.52 juta pelawat bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, jumlah itu bersamaan purata hasil pelancongan melebihi RM1 bilion sebulan.

“Brunei dan Indonesia kekal sebagai pasaran utama dengan menyumbang 46.5 peratus daripada keseluruhan pelawat, selain Singapura, Filipina dan Thailand,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, sektor inap desa turut mencatatkan hasil RM7.65 juta daripada 55,725 pelawat bagi tempoh Januari hingga Ogos, meningkat 35 peratus dari segi hasil berbanding tempoh sama tahun lalu.

Tambahnya, pelancongan kesihatan pula menjana RM109.9 juta daripada 48,480 pelancong kesihatan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Mengulas lanjut, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) turut merekodkan 6.83 juta carian penerbangan ke Sarawak dari seluruh dunia bagi tempoh Januari hingga September.

“Promosi digital STB mencatatkan lebih 400 juta paparan tahun ini, manakala nilai perhubungan awam melalui liputan media mencecah RM125.9 juta dalam sembilan bulan pertama.

“Sementara itu, Business Events Sarawak (BE Sarawak) berjaya memperoleh 153 acara perniagaan yang dijangka menarik 66,625 delegasi serta menjana impak ekonomi RM641.5 juta,” ujarnya.

Terdahulu, Sarawak menerima 4.97 juta pelawat sepanjang 2025 dengan hasil pelancongan berjumlah RM12.67 bilion.

Oleh Masrin Affirah

Mohd Shuhaily akan didakwa esok

KUALA LUMPUR, 20 Oktober: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan