NUR AIN OTSMAN
KUCHING: Seiring dengan era digital Revolusi Industri 4.0 (R.I) dan aktiviti digital yang digalakkan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg adalah lebih baik jika rakyat negeri ini mempraktikan pembayaran di pasar raya secara digital.
Menurut Dayang Fatin Nurhazziqah Awang Madzelan, pembayaran barang akan menjadi lebih mudah sekiranya ia melibatkan kad debit, kad kredit atau e-Tunai berdasarkan bank pembekal masing-masing.
“Jika ia dilakukan, maka dua matlamat akan tercapai iaitu mengelakkan penularan wabak virus Covid-19 melalui sentuhan dalam jarak dekat dan
Sarawak sebagai peneraju aktiviti Revolusi Industri 4.0 dengan mengamalkan transaksi digital dalam situasi harian,” katanya.
Sementara itu, Mohd Adiman Othman beranggapan bahawa, orang ramai harus mengikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKPp yang telah ditetapkan oleh kerajaan utk membendung gejala jangkitan daripada terus merebak.
“Seperti yang sedia maklum,pekerja yang berkerja di sektor kerajaan menerima gaji pada 25 Mac (semalam).
“Nasihat saya, berbelanjalah secara berhemah dan tidak perlu membuat pembelian panik dan langkah berjimat cermat harus diterapkan di masa-masa sukar seperti yang kita lalui sekarang,” ujarnya.
Beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa menitiberatkan kesihatan.
“Mesti membawa cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer kemana-mana sahaja pergi supaya senang digunakan selepas menyentuh tombol pintu, mesin ATM dan sebagainya.
“Pembelian secara atas talian amatlah digalakkan di dalam situasi yang kita hadapi sekarang,” ujarnya lagi.