Semangat prihatin, Huang Huat Khai hulur bantuan kepada keluarga mendiang

Facebook
WhatsApp
PENYAMPAIAN sumbangan kepada keluarga mendiang di dua lokasi iaitu di Rumah Joseph Gundai, Kampung Kutai dan Rumah Entirong, Nanga Tutong. Foto: Huang Huat Khai

LUBOK ANTU, 1 November: Keprihatinan terhadap nasib masyarakat yang berdepan kehilangan insan tersayang terus dizahirkan menerusi penyampaian sumbangan kepada keluarga mendiang di sekitar kawasan Lubok Antu.

Huang Huat Khai berkata, sumbangan berkenaan merupakan tanda keprihatinan dan sokongan kepada keluarga yang sedang melalui detik sukar selepas kehilangan ahli keluarga tersayang.

Dua keluarga menerima sumbangan tersebut melibatkan keluarga mendiang Achong Nasim dari Rumah Joseph Gundai, Kampung Kutai, Lubok Antu, yang diterima oleh anak mendiang, Allecja Achong.

Sumbangan kedua disampaikan kepada keluarga mendiang Kanching Briak dari Rumah Entirong, Nanga Tutong, yang diterima oleh anak mendiang, Bringie Pingan.

Kedua-dua sumbangan itu disampaikan oleh anak beliau, Ethan Huang Qi Sheng, sebagai wakil bagi pihak keluarga Huang Huat Khai.

Inisiatif berkenaan memperlihatkan keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat, khususnya keluarga yang ditimpa musibah dan memerlukan sokongan ketika menghadapi kehilangan insan tersayang.

Sumbangan tersebut diharap dapat meringankan sedikit beban keluarga yang terlibat selain menjadi tanda ingatan dan solidariti masyarakat dalam menghadapi saat-saat sukar.

Keprihatinan seperti ini juga memperlihatkan pentingnya semangat kemanusiaan, kebersamaan dan saling membantu tanpa mengira latar belakang dalam komuniti setempat.

Oleh Adi Safarman