Tindakan pantas bomba berjaya padam kebakaran sampah di Jalan Sare

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba memadam kebakaran sampah di Jalan Sare. Foto BBP Sarikei

SARIKEI, 14 Oktober: Kebakaran sampah yang melibatkan kawasan seluas lima meter persegi di Jalan Sare telah berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba pada semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Vincent Baling berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.07 pagi sebelum sepasukan lapan anggota bomba digerakkan ke lokasi.

“Operasi diketuai komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Kilok Lampas bersama tujuh anggota bomba bagi menjalankan kerja pemadaman.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati berlaku kebakaran sampah yang melibatkan kawasan seluas lima meter persegi,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, komander operasi kemudian membuat penilaian awal terhadap keadaan kebakaran.

“Komander operasi mengarahkan anggota memadamkan kebakaran menggunakan satu gelung hos dengan bekalan air daripada tangki jentera bomba.

“Operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada 7.40 pagi selepas kerja pemadaman selesai dilaksanakan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Rumah kosong musnah sepenuhnya dijilat api

ASAJAYA, 13 Oktober: Sebuah rumah kosong berstruktur separuh kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Jemukan menghala ke Semara, berhampiran