LUBOK ANTU, 13 Oktober: Keprihatinan terhadap keluarga yang kehilangan insan tersayang dizahirkan menerusi penyerahan sumbangan ikhlas kepada keluarga mendiang Radin Simpang dari Rumah Sebeli, Batu Bebini Atas, hari ini.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh wakil kepada Huang Huat Khai, Alizikim Mohamad Azmi, dalam satu kunjungan ziarah kasih yang berlangsung di hadapan kedai Jit Siang, Lubok Antu.
Sumbangan berkenaan diterima oleh anak mendiang, Nur Diyanah Radin.
Kunjungan itu merupakan tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada keluarga mendiang yang sedang melalui detik sukar selepas kehilangan orang tersayang.
Walaupun sumbangan yang diberikan tidak mampu menggantikan kehilangan insan tercinta, ia diharapkan dapat meringankan sedikit beban serta memberi semangat kepada keluarga untuk meneruskan kehidupan.
Pihak yang menyampaikan sumbangan turut menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan agar seluruh ahli keluarga mendiang diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian tersebut.
Semoga keluarga mendiang Radin Simpang terus tabah dan dipermudahkan segala urusan dalam tempoh berdukacita ini.
Ziarah kasih berkenaan memperlihatkan nilai kemanusiaan, keprihatinan dan semangat saling membantu dalam masyarakat, khususnya ketika berdepan dengan kehilangan insan tersayang.
Oleh Adi Safarman





