KUCHING: Kuching mencatat bacaan IPU 95 pada 8.00 pagi ini, namun masih berada pada tahap sederhana.
Berdasarkan pemantauan kualiti udara, Serian mencatat bacaan 92, diikuti Tebedu 90.
Samarahan dan Lundu masing-masing merekodkan IPU 77, manakala Betong (MCAQM) dan Lubok Antu masing-masing mencatat 76.
Sri Aman pula mencatat bacaan 70, diikuti Sibu 64, Bintulu 63 dan Samalaju 58.
Di bahagian utara negeri, Miri dan ILP Miri masing-masing merekodkan bacaan 54, manakala Limbang mencatat 52, kesemuanya pada tahap sederhana.
Sementara itu, enam stesen mencatat kualiti udara pada tahap baik iaitu Sarikei dengan bacaan 47, Mukah (44), Kapit (40), Kanowit (36), Lawas (50) dan Bario (21).
Secara keseluruhan, kesemua 20 stesen pemantauan di Sarawak mencatat kualiti udara pada tahap baik atau sederhana setakat 8.00 pagi ini.
Tiada stesen merekodkan bacaan IPU tidak sihat, sangat tidak sihat atau berbahaya pada waktu berkenaan.
Mengikut kategori IPU, bacaan antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, manakala 51 hingga 100 adalah sederhana dan 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.
Oleh Norman B





