17 penduduk Kabong terima bantuan one-off pendidikan, kebajikan

Facebook
WhatsApp
DATO Mohd Chee Kadir dan isteri Datin Meryani Yassin pada Majlis Ringkas Penyerahan Bantuan One-Off Pendidikan dan Kebajikan yang berlangsung di Pusat Khidmat ADUN Kabong, hari ini. Foto: ADUN Kabong

KABONG: Seramai 17 penduduk menerima bantuan ‘one-off’ Pendidikan dan Kebajikan menerusi Pusat Khidmat ADUN Kabong bagi membantu meringankan beban serta menyokong keperluan semasa mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir, berkata bantuan berkenaan membuktikan komitmen Pusat Khidmat ADUN Kabong untuk terus memberi perhatian terhadap keperluan masyarakat, khususnya dalam aspek pendidikan dan kebajikan.

Beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan penerima, 14 orang menerima bantuan one-off Pendidikan manakala tiga lagi menerima Bantuan one-off Kebajikan.

“Bantuan pendidikan ini diharap dapat memberikan sokongan tambahan kepada para pelajar, sekali gus membantu mereka terus fokus dan berjaya dalam pengajian masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ringkas Penyerahan Bantuan One-Off Pendidikan dan Kebajikan yang berlangsung di Pusat Khidmat ADUN Kabong, hari ini.

Bagi Bantuan one-off Pendidikan, penerima terdiri daripada pelajar yang melanjutkan pengajian di beberapa institusi pendidikan tinggi dan kemahiran termasuk Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak Skills Kuching, ICATS Kuching, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sementara itu, tiga penerima Bantuan one-off Kebajikan menerima bantuan bagi membantu meringankan beban serta memenuhi keperluan semasa, termasuk bagi tujuan pemeriksaan lanjut di Hospital Sarikei.

Chee Kadir berkata, bantuan yang disalurkan diharap dapat serba sedikit memudahkan urusan penerima dan digunakan sebaiknya mengikut keperluan masing-masing.

“Bagi penerima pendidikan, gunakanlah bantuan ini sebaik mungkin sebagai sokongan untuk meneruskan pengajian. Semoga ia menjadi pemangkin untuk terus berusaha mencapai kejayaan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa Pusat Khidmat ADUN Kabong akan terus memberikan perhatian terhadap keperluan masyarakat setempat, terutama membabitkan pendidikan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Oleh Adi Safarman

POLYCC perkukuh peranan sebagai peneraju TVET

KOTA SAMARAHAN: Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara