Madu atau Racun, Cela masuk fasa penilaian panel JAKIM – FINAS

Facebook
WhatsApp
DRAMA DINILAI SEMULA...Drama bersiri Madu atau Racun dan Cela akan memasuki fasa penilaian panel di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berdasarkan keseluruhan jalan cerita dan konteks kandungan.

KUALA LUMPUR: Drama bersiri Madu atau Racun dan Cela akan memasuki fasa penilaian panel di bawah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) berdasarkan keseluruhan jalan cerita dan konteks kandungan.

Ia antara perkara yang dipersetujui dalam pertemuan antara JAKIM dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) hari ini.

FINAS dalam kenyataan memaklumkan pihaknya bersama JAKIM dan agensi berkaitan akan mengadakan sesi libat urus dengan pemain industri filem dan televisyen bagi membincangkan tatacara serta garis panduan penerbitan kandungan.

FINAS juga akan memasukkan syarat tambahan dalam Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) bagi memastikan setiap produksi menghasilkan kandungan yang mematuhi garis panduan serta tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat.

“Langkah ini bukan bertujuan mengehadkan kebebasan berkarya, sebaliknya memastikan kreativiti berkembang secara bertanggungjawab dengan mengambil kira sensitiviti agama, nilai budaya, kepentingan masyarakat serta persekitaran perundangan negara,” menurut kenyataan itu.

Pada 2 Sept lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menolak penayangan drama Madu atau Racun yang didakwa menimbulkan keresahan serta kontroversi dalam kalangan masyarakat.

Susulan itu, platform penstriman berkenaan bersetuju menurunkan sementara enam episod drama itu yang telah disiarkan manakala baki enam episod lagi ditangguhkan bagi membolehkan kesemua 12 episod disunting dan dinilai semula. – Bernama

Tokoh seni budaya Terengganu meninggal dunia

KUALA TERENGGANU: Tokoh Seni Budaya Terengganu Wan Salmah Wan Sulaiman, 82, meninggal dunia akibat kekurangan oksigen di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)