Lawatan PERKEP Sarawak perkukuh kerjasama, perkongsian pengalaman di Meradong

Facebook
WhatsApp
UNTUK ALBUM...Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak, Datin Dr. Nitce Isa Medina Machmudi Isa bergambar bersama KPD Meradong, DSP Tanali Mering dan ahli-ahli PERKEP Meradong. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Hubungan dan kerjasama antara Persatuan Keluarga Polis Diraja Malaysia (PERKEP) Kontinjen Sarawak dengan PERKEP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong terus diperkukuh menerusi lawatan kerja ke Rumah PERKEP IPD Meradong, semalam.

Lawatan yang diketuai Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak, Datin Dr. Nitce Isa Medina Machmudi Isa, itu turut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi pandangan dan pengalaman dalam memperkasakan pengurusan serta pelaksanaan aktiviti persatuan.

Beliau bersama delegasi tiba kira-kira 2.00 petang dan disambut Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, bersama naib pengerusi, ahli jawatankuasa serta ahli PERKEP Meradong.

Selain mengeratkan hubungan silaturahim, kunjungan itu turut menjadi platform interaksi secara langsung antara kepimpinan PERKEP Kontinjen Sarawak dengan ahli di peringkat daerah.

Pertemuan tersebut membolehkan pengalaman berkaitan pengurusan persatuan dan pelaksanaan aktiviti dikongsi bagi membantu PERKEP Meradong memperkukuh gerak kerja serta perancangan program.

Dalam sesi berkenaan, Nitce turut menyampaikan pandangan, nasihat dan amanat kepada ahli PERKEP Meradong sebagai panduan untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan persatuan.

Lawatan kerja itu turut memberi peluang kepada kepimpinan kontinjen melihat dengan lebih dekat perkembangan PERKEP Meradong, selain mempererat hubungan dalam kalangan ahli persatuan.

Oleh Earl Anek

Rumah usang runtuh di Kampung Muhibbah

MIRI: Bahagian hadapan sebuah rumah di Kampung Muhibbah, di sini, runtuh pagi tadi dipercayai akibat keadaan struktur rumah yang sudah