KUCHING: Dua kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap Sangat Tidak Sihat setakat 8.00 malam ini.
Lubok Antu mencatat bacaan tertinggi iaitu 215, diikuti Sri Aman dengan 208, manakala Samarahan merekodkan bacaan 200.
Sebanyak 16 stesen pula merekodkan bacaan pada tahap Tidak Sihat, dengan bacaan tertinggi selepas tiga kawasan berkenaan ialah Lundu (194), Samalaju dan Kanowit (192), serta Betong (190).
Kuching mencatat bacaan 184, IPD Serian (MCAQM) (187), Sarikei (184), Sibu (171), Mukah (187), Bintulu (187), Miri (168), ILP Miri (174), Limbang (155), Tebedu (160) dan Lawas (117).
Hanya Kapit (89) dan Bario (71) merekodkan bacaan pada tahap Sederhana.





