Pengumuman pembubaran DUN semalam secara kebetulan – Abang Johari

Facebook
WhatsApp
ABANG Johari berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2, Sibu, hari ini. Foto ihsan Pejabat Premier Sarawak

SIBU, 24 Oktober: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan pengumuman berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam dibuat secara kebetulan dan bukan atas sebarang alasan khusus.

Beliau berkata, pemilihan hari berkenaan berlaku secara kebetulan dan tidak mempunyai kaitan dengan keperluan memberikan tempoh persediaan tertentu.

“Secara kebetulan hari itu hari Jumaat, bukan ada alasan lain,” jelasnya ketika diminta mengulas mengenai perkara itu.

Abang Johari turut menegaskan bahawa semalam tidak dipilih atas sebarang sebab khusus, sebaliknya pengumuman itu dibuat berdasarkan keadaan semasa.

Terdahulu, Abang Johari telah menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Amar Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Dato Sri Tiong King Sing serta yang lain.

Oleh Akun Giman