Van penjaja terbakar, MBKS hulur bantuan

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan terhadap van milik penjaja yang musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

KUCHING: Sebuah van milik seorang penjaja dilaporkan terbakar kira-kira pukul 5.00 pagi tadi, namun tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan bersyukur kerana tiada individu tercedera.

ANGGOTA bomba memeriksa bahagian dalam van milik penjaja yang musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas tindakan pantas anggota bomba memadamkan kebakaran serta mengawal keadaan daripada menjadi lebih serius.

Menurutnya, golongan penjaja merupakan sebahagian penting daripada komuniti yang bekerja keras setiap hari untuk mencari rezeki, selain menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat di Kuching.

“Apabila kejadian tidak diingini seperti ini berlaku, kami mahu mereka tahu bahawa mereka tidak bersendirian.

KEADAAN van milik penjaja yang musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

“Ahli-ahli Majlis MBKS akan membantu dan melawat sendiri penjaja yang terjejas bagi melihat keadaannya serta mengenal pasti bentuk bantuan yang boleh diberikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wee berkata, bantuan itu termasuk membantu penjaja terbabit dalam urusan laporan polis serta perkara lain yang diperlukan susulan kejadian berkenaan.

Katanya, keselamatan dan kebajikan golongan penjaja akan terus menjadi antara perkara yang diberi perhatian oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Jurutera pemacu pembangunan mampan Sarawak

PETRA JAYA: Jurutera memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan Sarawak yang mampan, berdaya tahan dan inklusif, selaras dengan keperluan ekonomi

Jurutera pemacu pembangunan mampan Sarawak

PETRA JAYA: Jurutera memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan Sarawak yang mampan, berdaya tahan dan inklusif, selaras dengan keperluan ekonomi