LCDA sumbang RM2 juta untuk Tabung Bencana Negeri Sarawak

Facebook
WhatsApp
PENYERAHAN… Pengerusi LCDA Holdings Sdn Bhd Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Hussain (kiri) menyerahkan cek RM2 juta kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (tengah). Turut hadir, Pengurus Besar LCDA, Monaliza Zaidel (kanan).

KUCHING: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) telah menyerahkan sumbangan bernilai RM2 juta kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg untuk Tabung Bencana Negeri Sarawak di pejabat beliau, Wisma Bapa Malaysia.

Pengerusi LCDA Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz Haji Hussain telah menyerahkan cek berkenaan kepada Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bagi membantu Kerajaan Sarawak dalam menguruskan pandemik Covid-19.