KUCHING: Pasukan gimnastik berirama Sarawak menamatkan penantian 20 tahun negeri ini untuk meraih pingat acara berpasukan wanita di Sukan Malaysia (Sukma).
Pasukan yang dianggotai Nichelle Kung Tze Xuan, Eliza Toh Ryui Ya, Clarissa Makena Ambok Joseph Chaong dan Shirley Chia Xin Shuen mengumpul 170.950 mata untuk meraih pingat gangsa pada Sukma XXII Selangor 2026.
Pencapaian itu merupakan pingat pertama Sarawak dalam acara berpasukan wanita selepas dua dekad, sekali gus memenuhi sasaran yang ditetapkan sebelum temasya berkenaan.
Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Kho Teck Wan, menyambut kepulangan pasukan berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) petang semalam.
Oleh Connie Chieng





