MARUDI, 18 Oktober: Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP), Marudi akan mengadakan Pertandingan Futsal Tertutup, Piala Datuk Dr Penguang Manggil pada 31 Oktober hingga 1 November 2026.
Menurut kenyataan pihak pengelola, pertandingan tersebut akan diadakan di gelanggang Futsal Sungai Entulang Bakong dan pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori.
Yuran penyertaan sebanyak RM100 setiap pasukan bagi kategoti lelaki dan perempuan dan pendaftaran untuk menyertai pertandingan ini boleh menghubungi Nickey ( Pengerusi ) ditalian 0138121920, Timbalan Pengerusi 1, Julis ditalian 0142201917 dan Timbalan Pengerusi 2 ( Andrew ) di talian 0129953495.
Cabutan undi pertandingan akan diadakan di Dewan Serbaguna Sungai Entulang pada 25 Oktober 2026 pada 5.00 petang.
Bagi pasukan yang bergelar juara akan menerima hadiah wang tunai RM2,500, naib juara ( RM1,800 ) dan tempat ketiga bakal menerima RM1,000.
Bagi katerogi perempuan, juara akan menerima hadiah wang tunai RM1,800 manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing akan menerima RM1,200 dan RM800.
Sementara bagi penjaring terbanyak akan menerima RM50 dan pemian terbaik turut menerima juga RM50.00.
Oleh Jiku Juguong





