Allexandre Axcell hadiah emas pertama Sarawak di Sukma Selangor

Facebook
WhatsApp
SEKITAR aksi juara Taekwando kyorugi lelaki bawah 63 kilogram, Allexandre Axcell Juntan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.

SHAH ALAM: Atlet taekwondo Sarawak, Alexandre Axcell Juntan muncul wira kontinjen Bumi Kenyalang apabila menghadiahkan pingat emas pertama Sarawak pada Sukan Malaysia (Sukma) XXII Selangor 2026, hari ini.

Allexandre menjuarai acara kyorugi lelaki bawah 63 kilogram selepas menewaskan wakil Wilayah Persekutuan, Thiban RajNagalingam, 2-1 dalam aksi final di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.

Atlet berusia 19 tahun itu mempamerkan aksi bertenaga untuk mengatasi Thiban dalam pertarungan sengit berkenaan sebelum mengesahkan kemenangan dan membawa pulang emas buat Sarawak.

Kejayaan tersebut hadir selepas Alexandre terlebih dahulu menewaskan wakil Selangor, Darshan Anatore, 2-0 pada pusingan 16, sebelum meneruskan langkah dengan kemenangan ke atas wakil Perlis, Darschan S. Nathan, 2-0 di separuh akhir.

Kemenangan di pentas final itu sekali gus menyaksikan Allexandre menjadi penyumbang emas pertama kontinjen Sarawak pada temasya kali ini.

Pingat emas berkenaan turut membuka kutipan emas Sarawak pada Sukma Selangor 2026 selepas kontinjen Bumi Kenyalang sebelum ini meraih pingat gangsa menerusi gimnastik berirama dan taekwondo.

Oleh Shahrul Qaizat

Zulhafiz sambar emas kedua Sarawak

SHAH ALAM: Tiga perlawanan, tiga kemenangan 2-0, itulah perjalanan sempurna Mohamad Zulhafiz Zulhadi dalam misi menghadiahkan emas kedua buat Sarawak