Wong Chiin Chai, Lau Moi Chee ungguli Sarikei Run 10KM

Facebook
WhatsApp
JOHAN kategori Sarikei Run 10KM Lelaki Terbuka, Wong Chiin Chai menerima hadiah wang tunai, pingat dan piala yang disampaikan oleh Pemanca Chan Phan Chan.

SARIKEI, 17 Oktober: Wong Chiin Chai dan Lau Moi Chee masing-masing muncul juara kategori Lelaki Terbuka dan Wanita Terbuka dalam acara Sarikei Run 10KM yang berlangsung sempena Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Peringkat Bahagian Sarikei, hari ini.

Kedua-dua pelari tersebut membawa pulang hadiah wang tunai RM500 setiap seorang berserta pingat dan piala selepas mengungguli kategori masing-masing dalam acara larian sejauh 10 kilometer berkenaan.

Bagi kategori 10KM Lelaki Terbuka, tempat kedua ialah Leslie Lau serta menerima hadiah wang tunai RM300, pingat dan piala.

PEMANCA Chan Phan Chan menyerahkan hadiah wang tunai, pingat dan piala kepada johan kategori Sarikei Run 10KM Wanita Terbuka, Lau Moi Chee.

Tempat ketiga pula menjadi milik Ling Dian Ying yang membawa pulang hadiah wang tunai RM100 berserta pingat dan piala.

Sementara itu, kategori 10KM Wanita Terbuka menyaksikan Bong Gia Chyi meraih tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM300, pingat dan piala.

Yong Yee May melengkapkan kedudukan tiga terbaik kategori tersebut selepas menduduki tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai RM100 berserta pingat dan piala.

Dalam kategori 10KM Lelaki Veteran, Alex Lau Seng Fung berjaya meraih gelaran johan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM300, pingat serta piala.

Anthony Redan menduduki tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM200, pingat dan piala, manakala Sia Yee Fong meraih tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM100 berserta pingat dan piala.

Bagi kategori 10KM Wanita Veteran pula, Rehan muncul juara dan menerima hadiah wang tunai RM300, pingat serta piala.

Christina Luta menduduki tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM200, pingat dan piala, sementara Wong Hie Ling menamatkan saingan di tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM100 berserta pingat dan piala.

Secara keseluruhan, sebanyak empat kategori dipertandingkan dalam acara Sarikei Run 10KM, masing-masing melibatkan Lelaki Terbuka, Lelaki Veteran, Wanita Terbuka dan Wanita Veteran.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Pemanca Chan Phan Chan selaku wakil Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Acara Sarikei Run 10KM merupakan antara aktiviti yang diadakan sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Bahagian Sarikei bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dalam kegiatan sukan dan amalan gaya hidup aktif.

Oleh Earl Anek