BATU NIAH: Sebuah bengkel musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Simpang Ngu, Batu Niah, petang ini.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.25 petang.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah tiba di lokasi pada 3.37 petang dan mendapati bengkel berkenaan telah terbakar sepenuhnya.

Kebakaran turut melibatkan sebuah lori yang berada di kawasan bengkel berkenaan.
Seramai enam anggota bomba bersama sebuah sebuah jentera pemadam kebakaran dan penyelamat (FRT) digerakkan bagi menjalankan operasi pemadaman yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Mohammad Faizul Ali.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.
Kerja-kerja pemadaman masih dijalankan bagi memastikan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya.
Oleh Adum Liu





