Lebih 20 penerbangan terjejas susulan gunting dikhuatiri hilang di Lapangan Terbang Naha, Jepun

Facebook
WhatsApp
SONY DSC

NAHA, Jepun, 13 Oktober: Lebih 20 penerbangan mengalami kelewatan atau dibatalkan pada Selasa di Lapangan Terbang Naha di wilayah pulau selatan Okinawa selepas satu daripada tiga pos pemeriksaan keselamatan ditutup selama dua jam berikutan kebimbangan bahawa kakitangan pembersihan telah meninggalkan sebilah gunting di situ, lapor Kyodo News.

Gunting itu pada mulanya dikhuatiri berada di kawasan larangan selepas pos pemeriksaan terminal domestik, tetapi kemudiannya ditemukan di kawasan berbeza, menurut cawangan lapangan terbang Kementerian Pengangkutan Jepun.

Pos pemeriksaan berkenaan ditutup dari 6.00 pagi hingga hampir 8.00 pagi, menjejaskan penumpang terutamanya yang menggunakan syarikat penerbangan Japan Airlines dan syarikat penerbangan kumpulannya. – Bernama 

Gunung Semeru meletus, abu cecah 900 meter

JAKARTA, 13 Oktober: Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus sekurang-kurangnya 10 kali pada Selasa, menghamburkan abu gunung berapi sehingga