KUCHING: Keadaan berjerebu semakin ketara di sekitar kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) apabila pandangan kawasan sekitar kelihatan kabur susulan keadaan udara yang dipenuhi jerebu.
Untuk rekod, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Kuching yang mencecah 176 setakat 1.00 petang hari ini menunjukkan keadaan kualiti udara terus membimbangkan, dengan bacaan yang semakin meningkat dari semasa ke semasa tanpa menunjukkan tanda-tanda kualiti udara bertambah baik.
Oleh Masrin Affirah






