Rumah di Taman Orchid terbakar 70 peratus

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran membabitkan sebuah rumah di Lorong Foochow 1W, Taman Orchid, Kuching, petang ini. Foto JBPM

KUCHING: Sebuah rumah struktur kekal di Lorong Foochow 1W, Taman Orchid, di sini terbakar kira-kira 70 peratus dalam kejadian petang ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.15 petang.

ANGGOTA bomba menjalankan operasi bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan berhampiran di Lorong Foochow 1W, Taman Orchid, Kuching, petang ini. Foto JBPM

“Setibanya di lokasi lima minit kemudian, pasukan bomba mendapati sebuah rumah berkeluasan kira-kira 30 kaki lebar dan 60 kaki panjang terbakar kira-kira 70 peratus.

“Kerja-kerja pemadaman masih dijalankan bagi memastikan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya,” kata Komander Operasi, PBK I Daniel Teo Wee Chiet dalam satu kenyataan, hari ini.

Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.