Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kestabilan politik asas pembangunan, ahli PBB diminta terus bersatu
  • TEMPATAN

Kestabilan politik asas pembangunan, ahli PBB diminta terus bersatu

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas ketika merasmikan majlis Ngiling Tikai Gawai Dayak 2026 anjuran PBB Cawangan Lingga di sebuah hotel di Simanggang, semalam. Foto: Pejabat Timbalan Premier Sarawak

SIMANGGANG: Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) digesa agar terus memperkukuh semangat perpaduan, kesepakatan dan perjuangan bagi memastikan kestabilan politik yang menjadi asas kepada kemajuan berterusan Sarawak terus dipelihara.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kestabilan politik yang dinikmati negeri ini membolehkan kerajaan merancang dan melaksanakan pelbagai dasar serta projek pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.

Menurut beliau, seluruh ahli PBB perlu terus mengekalkan semangat perjuangan, memperkukuh perpaduan serta memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, kekuatan PBB sentiasa terletak pada perpaduan, kesetiaan dan kesepakatan dalam kalangan ahlinya, sekali gus menjadi tunjang kepada kestabilan politik yang dinikmati Sarawak selama ini.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas ketika menghadiri majlis Ngiling Tikai Gawai Dayak 2026 anjuran PBB Cawangan Lingga di Simanggang semalam. Foto Pejabat Timbalan Premier Sarawak

“Selagi kita bersatu dan berdiri teguh di belakang kepimpinan Premier Sarawak, kita akan terus menikmati kestabilan politik yang menjadi asas kepada pembangunan dan kemajuan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Ngiling Tikai Gawai Dayak 2026 anjuran PBB Cawangan Lingga di sebuah hotel di sini, semalam.

Uggah berkata segala pencapaian yang dinikmati rakyat hari ini adalah hasil daripada perpaduan dan kestabilan yang dibina bersama oleh kerajaan serta rakyat.

Beliau berkata semangat perjuangan itu perlu terus dipelihara agar setiap perancangan pembangunan kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancar dan manfaatnya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.

Menurutnya, kestabilan politik turut membolehkan pelbagai projek pembangunan dilaksanakan di kawasan Lingga, sekali gus meningkatkan kemudahan infrastruktur, merancakkan pertumbuhan ekonomi dan memperbaiki taraf hidup masyarakat.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada jawatankuasa penganjur sebagai tanda penghargaan atas komitmen menjayakan majlis Ngiling Tikai Gawai Dayak 2026.

Uggah turut merakamkan penghargaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor selaku pengerusi jawatankuasa penganjur serta seluruh ahli jawatankuasa atas dedikasi dan kerjasama dalam memastikan majlis berkenaan berlangsung dengan lancar.

Turut hadir Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli, Ahli Dewan Negara Senator Susan Chemerai Anding serta barisan pemimpin PBB Cawangan Lingga.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Sarawak usul pembentukan Platform Ekonomi Borneo bagi pacu daya saing serantau
Next: Pengurusan fasiliti mampan sokong aspirasi PCDS 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.