Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JCI Sarikei perluas jaringan kerjasama di Sidang Kemuncak Belia Hutan Hujan 2026
  • Tengah
  • WILAYAH

JCI Sarikei perluas jaringan kerjasama di Sidang Kemuncak Belia Hutan Hujan 2026

Utusan Sarawak 6 hours ago
 PRESIDEN JCI Sarikei, Wong Siew Wu (tiga kiri) bergambar bersama yamg lain di RAYS 2026. Foto JCI Sarikei.

SARIKEI: Junior Chamber International (JCI) Sarikei terus memperluaskan jaringan kerjasama di peringkat negeri dan antarabangsa menerusi penyertaan dalam Sidang Kemuncak Belia Hutan Hujan (Rainforest Youth Summit – RAYS) 2026.

Presiden JCI Sarikei, Wong Siew Wu berkata, sidang kemuncak yang bermula dari 24 hingga 27 Jun di dua hotel terkemuka di Kuching tersebut menjadi platform penting untuk belia bertukar pandangan, berkongsi pengalaman dan membina kerjasama dalam menangani cabaran berkaitan pembangunan mampan.

“RAYS merupakan platform yang amat bermakna untuk memperkasa belia sebagai pemimpin masa depan di samping meningkatkan kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan mampan.

“Melalui penyertaan dalam program seperti ini, kita bukan sahaja dapat bertukar pandangan dan berkongsi amalan terbaik dengan peserta daripada pelbagai latar belakang, malah dapat membina kerjasama yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat serta alam sekitar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, sidang kemuncak tersebut menghimpunkan golongan belia, pembuat dasar, pemimpin industri, penyelidik dan wakil komuniti bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan perubahan iklim, pemuliharaan biodiversiti serta pembangunan mampan.

“Sepanjang program empat hari ini, kami sebagai peserta telah mengikuti pelbagai pengisian termasuk ucaptama, forum panel, bengkel dan sesi jaringan profesional yang memberi peluang kepada mereka memperluaskan perspektif serta meningkatkan keupayaan sebagai pemimpin masa depan.

“Program ini membuka ruang kepada belia untuk memperkukuh hubungan kerjasama, meneroka idea baharu dan meningkatkan keupayaan dalam menyumbang kepada pembangunan komuniti yang lebih mampan,” katanya.

Tambahnya, JCI Sarikei akan terus komited menyokong pelbagai program yang memberi impak positif kepada masyarakat, di samping memperkasakan pembangunan kepimpinan belia dan mempromosikan kelestarian alam sekitar di peringkat tempatan mahupun global.

Hadir sama sebagai peserta, Presiden JCI Sibu Elden Lau, Presiden JCI Sibu Jaya Shirley Ling, Presiden JCI Padawan Ong Zhi Xuan, Presiden JCI Damai Vivizona Lee dan Presiden JCI Seduan Chieng Li Jie (JCI Seduan.

Turut serta, ahli-ahli daripada JCI Batu Kawa, JCI Jalan Tanjung Kidurong dan JCI Miri.

“Ini mencerminkan semangat kerjasama serta perpaduan yang kukuh dalam kalangan organisasi JCI di seluruh Sarawak,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Hari Keusahawanan SK St Anthony pupuk bakat usahawan muda
Next: Projek ALAF Fasa 5 bakal salur bekalan elektrik ke Rumah Linan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.