ASSAR beri amaran laman web palsu tawar pakej pelaburan

Facebook
WhatsApp
HEBAHAN ASSAR mengenai laman web palsu assarunittrust.com yang menawarkan pakej pelaburan menggunakan nama syarikat itu.

KUCHING, 5 November: Orang ramai diingatkan supaya berwaspada terhadap laman web assarunittrust.com yang dikenal pasti sebagai laman web palsu dan bukannya platform rasmi Amanah Saham Sarawak Berhad (ASSAR).

ASSAR menerusi satu kenyataan di laman rasmi Facebooknya memaklumkan, laman web berkenaan menggunakan nama syarikat itu bagi memaparkan tawaran pakej pelaburan serta janji pulangan lumayan yang boleh mengelirukan orang ramai.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mendaftar, berkongsi maklumat peribadi atau membuat sebarang bayaran dan pemindahan wang menerusi laman web berkenaan.

ASSAR turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan pautan tersebut sebagai tawaran pelaburan yang sah bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa penipuan.

Bagi memastikan kesahihan maklumat berkaitan produk dan perkhidmatan pelaburan, orang ramai diminta merujuk laman web rasmi ASSAR di www.assar.com.my.

Sebarang pertanyaan atau pengesahan juga boleh dibuat menerusi saluran rasmi syarikat melalui www.assar.com.my/contact/enquiry.

Orang ramai turut digalakkan berkongsi peringatan berkenaan dengan keluarga dan rakan-rakan supaya lebih ramai mengetahui kewujudan laman web palsu itu serta mengambil langkah berjaga-jaga sebelum membuat sebarang urusan pelaburan.

Oleh Afiq Sallehi 

BNM kekalkan OPR pada 2.75 peratus

KUALA LUMPUR, 5 November: Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus susulan